Kurang Upaya W3C oku
default red black black   font_default font_orange font_green font_pink
Bahasa Lain
A+ A A-
header en



Public Announcement

-Latest-

 Goods and Services Tax (GST)

will be launched on 1st April 2015

For more information, please click

-Latest-

Personal Data Protection Act 2010

For more information, please click

Prev Next
bi 1Malaysia
Kajian-Kepuasan-Pelanggan-KKMM en
Prestasi-Cemerlang en

Perlindungan Data Peribadi

    Hits: 14052

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berperanan memastikan pematuhan Akta melalui peningkatan kesedaran/promosi, amalan-nasihat yang baik dan memberikan nasihat umum dan bimbingan serta menjalankan penguatkuasaanTanggungjawab utama mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh pengguna datamenguatkuasakan Akta untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi.

 

   
OBJEKTIF UMUM  
  • Fokus utama JPDP adalah mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan.
 
   
OBJEKTIF OPERASI JPDP  
  • Secara spesifik, JPDP adalah bertanggungjawab memastikan semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang perlu bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.
 
   
7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi  
  • 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah s. 5(1) dalam Akta ini demi menjaga keutuhan data peribadi
 
  • Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain
 
  • Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan
 
  • Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.
 
  • Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.
 
  • Kelima - Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan
 
  • Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.
 
  • Ketujuh - Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.
 

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

 

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu iaitu apabila Akta ini telah berkuatkuasa:-

 

i) Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu;

ii) Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka, pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan boleh dijalankan;

iii) Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka, ia bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:-

 

Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:-

i) Nama organisasi atau orang yang anda mengadu;

ii) Menerangkan sebab kebimbangan anda;

iii) Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;

iv) Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.

Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:-

 

Alamat Surat Menyurat:

 

Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel: 03 8911 5000/7927/7906/7965
Fax: 03 8911 7959

Aduan Awam:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sistem iSPAAA KPKK
http://kkmm.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do

Pengumuman Semasa:-

 

1) KERTAS RUNDINGAN AWAM : NO.2/2012 BERKAITAN "CADANGAN PERINCIAN GOLONGAN PENGGUNA DATA DAN FI" DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)
PDF Logo

 

2)AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
PDF Logo


Last Updated on Thursday, 26 December 2013 16:12