Kurang Upaya W3C oku
default red black black   font_default font_orange font_green font_pink
Bahasa Lain
A+ A A-
header bm



Pengumuman Awam

-Terkini-

Tawaran Pembekalan Program Tempatan(Swasta) Bagi Saluran TV1, TV2, IRIS(TVi) Dan saluran multichannel untuk keperluan Jan-Dis 2016

-Terkini-

Tawaran Pembekalan Program Bagi Rancangan Luar Negara (Syndicated) Untuk Keperluan Okt-Dis 2015 Dan Jan-Jun 2016 Bagi Saluran TV1/ Multichanel Dan TV2

Maklumat lanjut, sila klik

-Terkini-

Kalendar Program (Hari Merdeka 2015)

Maklumat lanjut, sila klik

-Terkini-

Kajian Kepuasan Pelanggan KKMM 2015

http://www.research.net/s/KKP2015

-Makluman-

Teks Titah SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-DIPERTUAN AGONG

Maklumat lanjut, sila klik

-Terkini-

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Maklumat lanjut, sila klik

Prev Next
Malaysia Pengerusi Asean 2015
banner kepuasan  pelanggan 2015
Malaysia Pengerusi Asean 2015

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

JABATAN / AGENSI
Jabatan / Agensi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pengerusi
Pengerusi MCMC
YBhg. Dato’ Sri Dr Halim Shafie
Alamat
MCMC Tower 1,Jalan Impact
Cyber 6, 63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Nombor Telefon
03 - 8688 8000
Nombor Faks
03 - 8688 1000

 

LATAR BELAKANG
Dengan kehadiran dan kebangkitan penumpuan industri komunikasi  dan multimedia di Malaysia dalam pertengahan 1990-an,satu paradigma yang memerlukan pendekatan baru dalam dasar media dan peraturan menjadi satu keperluan. Sejajar dengan ini,Malaysia telah mengangkat peraturan penumpuan berhubung dengan industri komunikasi dan  multimedia pada November 1998.Dua perundangan digubal untuk menjalankan model kawalselia baru: Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berdasarkan rangka kerja pelesenan kawalselia baru bagi industri dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) yang mewujudkan sebuah badan kawalselia baru iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (1998) telah digubal pada 1 April 1999, sementara itu Akta Telekomunikasi (1950) dan Akta Penyiaran (1988) telah dibatalkan.
Suruhanjaya menetapkan 10 Matlamat Dasar Kebangsaan iaitu:
  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia
  • Menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup
  • Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;
  • Mengawalselia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;
  • Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;
  • Memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur  kebangsaan yang sentiasa ada;
  • Mewujudkan suasana aplikasi yang teguh bagi pengguna akhir;
  • Memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan;
  • Menggalakkan pembangunan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan
  • Menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian
10 Matlamat Dasar Kebangsaan ialah asas rangka kawalselia SKMM yang termasuk, kawalselia ekonomi, kawalselia teknikal,perlindungan pengguna dan peraturan sosial. Pada 1 November 2001, SKMM juga mengambil alih fungsi kawalselia Akta Perkhidmatan Pos 1991 dan Akta Tandatangan Digital 1997.
VISI DAN MISI
VISI
  • Mewujudkan suatu industri komunikasi dan multimedia yang berdaya saing, cekap dan kian mengawal selia kendiri yang menjana pertumbuhan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial negara.
MISI
  • Kami komited untuk:
    • Menggalakkan capaian kepada perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi dan multimedia;
    • Memastikan para pengguna menikmati pilihan dan tahap perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan;
    • Menyediakan proses pengawalseliaan yang telus bagi menjana persaingan yang sihat dan adil dalam industri;
    • Memastikan penggunaan optima bagi spektrum dan penomboran; dan
    • Mengadakan perundingan dengan pengguna dan penyelia perkhidmatan secara lazim serta memudah usaha sama dalam industri.
FUNGSI & PERANAN
FUNGSI
  • Memberi nasihat kepada Menteri untuk semua perkara berkaitan objektif polisi negara khusus untuk aktiviti komunikasi dan multimedia ;
  • Melaksana dan menguatkuasa penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia;
  • Mengawal selia semua perkara  berkaitan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak termaktub di dalam undang-undang komunikasi dan multimedia;
  • Mempertimbang dan mempercadangkan reformasi kepada undang-undang  komunikasi dan multimedia;
  • Untuk mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menggalakkan dan mempromosi kawal selia di dalam industri komunikasi dan multimedia;
  • Untuk mengalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa di bawah industri  komunikasi dan multimedia;
  • Memberi bantuan dalam sebarang bentuk  dan menggalakkan kerjasama dan penyelarasan  di kalangan orang -orang yang melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menjalankan setiap fungsi seperti yang tertulis dalam undang-undang yang boleh ditentukan oleh Menteri seperti yang diterbitkan di dalam risalah berkala.
  • Untuk penambahan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga mengawal selia industri Pos dan badan yang bertauliah seperti termaktub di dalam Akta Pensijilan Digital (1997).
 
PERANAN
  • Kawal selia ekonomi
    Termasuk promosi pertandingan dan larangan kelakuan anti persaingan , serta pembangunan dan penguatkuasaan  kod akses dan piawaian. Ia juga termasuk pelesenan, penguatkuasaan syarat lesen untuk penyedia rangkaian dan permohonan dan memastikan pematuhan untuk peraturan-peraturan dan prestasi /kualiti perkhidmatan.
  • Kawal selia teknikal
    Termasuk tugasan kecekapan frekuensi spektrum, pembangunan dan penguatkuasaan kod-kod teknikal dan piawaian , pentadbiran penomboran dan elektronik.
  • Perlindungan pengguna
    Menekankan hak-hak pengguna ketika pada masa yang sama untuk memastikan perlindungan yang mencukupi seperti resolusi pertikaian, berkemampuan untuk melanggan perkhidmatan mereka dan kesediaan perkhidmatan.
  • Kawal selia sosial
    Termasuk kepada pembangunan kandungan serta kawal selia kandungan, termasuk larangan kandungan serta pendidikan awam  pada isu-isu kandungan yang berkait.
  • Kawal selia pos
    Melantik Agensi bertauliah dalam menjalankan Akta Pensijilan Digital (1997).
PIAGAM PELANGGAN
Janji kami kepada pelanggan kami adalah seperti berikut:
Pengguna Awam
  • Merekodkan semua aduan yang diterima
  • Memberikan maklum balas kepada pengadu dalam dalam tempoh tiga hari bekerja
  • Memajukan aduan yang diterima kepada penyedia perkhidmatan berkaitan dalam tempoh lima hari bekerja
  • Membuat susulan tentang status aduan daripada penyedia perkhidmatan  selepas 15 hari
  • Penguntukan Radas (AA) (60 hari untuk memproses PR tertakluk kepada mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan, penyelarasan sempadan dan kelulusan FACSMAB, JTC dan Trilateral (Malaysia, Singapura dan Indonesia) 
Pemohonan Lesen
  • 45 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses permohonan lesen NFP, NSP dan CASP dan mengesyorkan kepada Menteri untuk kelulusan.
  • 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses permohonan kelas NFP dan NSP.
  • 15 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses permohonan kelas ASP.
Pelesenan
  • Menggalakkan persaingan adil dan pembangunan pasaran melalui proses kawal selia yang telus seperti yang digariskan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
  • Menyediakan penyelesaian terhadap pertikaian apabila perlu.
  • Mengkaji semula Syarat dan Peraturan setiap tiga tahun atau apabila diarahkan oleh Menteri. Ini bagi memastikan Syarat dan peraturan kekal relevan.
  • Menggalakkan kawal selia yang berkesan dengan memantau semua perkara penting berkaitan prestasi pemegang lesen dan melaporkan kepada Menteri di setiap penghujung tahun.


Telah Dikemaskini pada Khamis, 04 Jun 2015 10:56